v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Tumpukan Perhatian kepada Kemajuan China dalam Penerbangan Angkasa Lepas
2008-09-26 11:23:44 CRI

Kejayaan pelancaran kapal angkasa lepas pembawa angkasawan, "Shenzhou VII" menandakan kemajuan baru dalam usaha penerbangan angkasa lepas China.

Media-media asing seperti BBC, CNN dan iTele menyatakan demikian dalam liputan siaran langsung tentang pelancaran kapal angkasa lepas pembawa angkasawan tersebut. iTele dalam laporannya menyebut bahawa pelancaran itu diadakan dengan penuh kejayaan dan merupakan selangkah ke hadapan dalam usaha penerbangan angkasa lepas China.

Akhbar "Lianhe Zaobao" Singapura dalam laporannya pula menyebut kejayaan pelancaran itu merupakan satu lagi penanda penting dalam usaha penerbangan angkasa lepas China.

AFP pula menyebut bahawa kejayaan pelancaran itu dan rancangan angkasawan bertugas di luar kabin membolehkan China lebih mendekati matlamatnya bagi membina stesen di ruang angkasa lepas dan menjalankan penyelidikan terhadap bulan.

Agensi Berita Yonhap Republik Korea dalam laporannya mengalu-alukan kejayaan pelancaran itu sebagai memperlihatkan hasil yang dicapai China dalam usaha penerbangan angkasa lepas kepada seluruh dunia.

BBC dalam laman sesawangnya menerbitkan artikel yang menyebut bahawa pelancaran kapal angkasa lepas tersebut memperlihatkan keyakinan dan kemampuan China dalam teknologi ruang angkasa lepas." Akhbar "Christian Science Monitor"A.S. dalam artikel diterbitkannya menyebut bahawa cubaan China bagi tujuan angkasawan berjalan di luar kabin tidak akan mencetuskan "perlumbaan di ruang angkasa lepas" kerana ia dilakukan berikutan kerjasama antarabangsa di ruang angkasa lepas, yang semakin rapat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |