Angkasawan yang menaiki kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" akan menjalankan tugas di luar kapsul pada pukul 4.30 petang esok.
Angkasawan tersebut akan memerlukan masa setengah jam bagi proses membuka pintu kapsul, berjalan di ruang angkasa lepas dan menutup pintu kapsul. Kira-kira 20 minit akan diambil untuk angkasawan menjalankan tugas di luar kapsul.
Selepas menyelesaikan kerja pemasangan dan ujian pakaian khas, angkasawan juga akan menjalankan latihan selama 100 minit hari ini bagi membuat persiapan untuk berjalan di luar kapsul esok.
|