v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Angkasawan "Shenzhou VII" Berjalan Dengan Langkah Megah China di Ruang Angkasa Lepas

2008-09-27 20:15:34 CRI

Angkasawan China, Zhai Zhigang keluar dari kapsul orbit kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" petang tadi. Beliau melangkah keluar dari kapsul dan berjalan di ruang angkasa lepas. Beliau berjaya menyelesaikan aktiviti di luar kapsul yang pertama bagi angkasawan China.

Pada pukul 4.30 petang tadi, selepas keadaan kesihatan angkasawan dikenalpasti baik, pengarah di pusat kawalan telah mengeluarkan arahan supaya keluar dari kapsul kepada angkasawan "Shenzhou VII".

Selepas itu, Zhai Zhigang membuat laporan ke bumi:

"Shenzhou VII telah berada di luar kapsul. Keadaan tubuh badan baik. Kami melambai kepada rakyat China dan dunia. "

Pada pukul 4.45 petang tadi, Zhai Zhigang yang memakai pakaian angkasa lepas keluar dari kapsul meninggalkan kapsul orbit dan berjalan dengan langkah megah yang pertama bagi rakyat China di ruang angkasa lepas.

Zhai Zhigang mengibarkan bendera kebangsaan China dan berjalan di ruang angkasa lepas. Di dalam kapsul orbit, Liu Boming memakai pakaian angkasa lepas luar kapsul untuk menyokong tugas Zhai Zhigang di luar kapsul. Seorang lagi, Jing Haipeng menjalankan tugas di dalam kapsul kembali.

Zhai Zhigang bertugas di luar kapsul selama hampir 20 minit dan mengambil kembali sampel ujian yang dipasang di luar kapsul. Di samping itu, beliau juga menghubungi pusat kawalan penerbangan angkasa lepas Beijing.

Pada pukul 4:58 petang tadi, pusat kawalan penerbangan angkasa lepas Beijing mengumumkan, angkasawan China, Zhai Zhigang selesai menjalankan tugas di luar kapsul dan balik ke kapsul orbit. Ini menandakan beliau telah berjaya menyelesaikan tugas di luar kapsul yang pertama bagi angkasawan China.

Pereka Bentuk Am Projek Penerbangan Angkasa Lepas China, Zhou Jianping menegaskan bahawa tugas angkasawan China yang berjalan di luar kapsul mencapai kejayaan. Ini akan membolehkan China menguasai teknologi berkaitan dengan berjalan di luar kapsul. Bermakna China mencapai kemajuan untuk membina makmal atau stesen di ruang angkasa lepas.

Zhai Zhigang yang menjalankan tugas di luar kapsul menjadi orang China pertama yang berjalan di ruang angkasa lepas. Angkasawan pertama yang menaiki kapal angkasa lepas ke ruang angkasa, yang juga Naib Ketua Pusat Latihan Penyelidikan Sains Angkasawan China, Yang Liwei menyanjung tinggi Zhai Zhigang.

"Zhai Zhigang cerdik dan pengetahuan teknologinya amat baik. Melalui kejayaan pelancaran 'Shenzhou IV' dan 'Shenzhou VI', saya berkeyakinan penuh bahawa beliau akan berjaya menyelesaikan tugas 'Shenzhou VII'."

(Angkasawan China pertama yang berjalan di ruang angkasa lepas, Zhai Zhigang)

Menurut jadual penerbangan "Shenzhou VII", selepas tugas di luar kapsul selesai dijalankan, kapal itu akan melancarkan sebuah satelit yang kecil dan menggunakan satelit itu untuk mengambil gambar dan merakam video bagi "Shenzhou VII". Jika ujian tersebut mencapai kejayaan, ini bermakna bahawa China menjadi negara ketiga yang menguasai teknologi pelancaran di ruang angkasa lepas dan penerbangan iringan. Selain itu, "Shenzhou VII" juga akan menjalankan ujian satelit "Tianlian I".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |