v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Memberikan Sumbangan untuk Meneroka Ruang Angkasa Lepas Secara Damai
2008-09-27 15:41:02 CRI

China mampu memberikan sumbangan untuk meneroka dan menggunakan ruang angkasa lepas secara damai. Perantau dan orang Cina di seberang laut menyatakan demikian setelah kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VII" berjaya dilancarkan.

Tokoh perantau China di bahagian timur A.S. yang tersohor, Huang Keqiang menyatakan, kejayaan itu menunjukkan bahawa China mampu membuat penyelidikan angkasa dan memberi sumbangan untuk meneroka dan menggunakan ruang angkasa lepas.

Pengguna laman sesawang orang Cina di bahagian utara A.S. menunjukkan kegembiraan mereka terhadap kejayaan China tersebut menerusi luahan melalui laman sesawang.

Pengerusi Persatuan Perantau China di Mongol, Bai Shuangzhan berkata, kejayaan tersebut menunjukkan kemajuan China dalam bidang penerbangan angkasa lepas. Menurutnya, China pasti akan memberikan sumbangan yang besar kepada dunia dalam bidang tersebut.

Persatuan Perantau China dan Orang Cina di Mexico menyatakan bahawa kejayaan penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik serta pelancaran kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VII" meningkatkan kebanggaan keturunan bangsa China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |