Angkasawan Zhai Zhigang dan Liu Boming memulakan latihan di kabin orbit, Pada pukul 10.10 malam tadi waktu Beijing.
Mereka terlebih dahulu memeriksa dan menyelaraskan sistem pertukaran pakaian angkasa lepas dengan kapsul, dan memasang kemudahan sendiri. Mereka kemudian memakai pakaian angkasa lepas, memeriksa sistem tersebut dan memulakan latihan berjalan.
Latihan itu berlangsung selama 100 minit. Dalam proses latihan, balai cerap di bumi akan menganalisis ciri-ciri dan peraturan gerakan angkasawan dalam, kecenderungan psikologi dan gerakan serta saling mempengaruhi antara manusia dengan kapal akibat aktiviti angkasawan. Mereka akan mencatat keadaan gerakan serta gangguan yang dialami oleh angkasawan dalam penerbangan, dan memberi data rujukan penting bagi membetulkan orbit penerbangan kapal melalui data serta parameter perubahan fisiologi.
|