Kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VII" yang terbang mengelilingi bumi selama tiga hari di ruang angkasa lepas mendarat dengan selamat di Wilayah
Autonomi Mongolia Dalam, bahagian utara China pada pukul 5.37 petang tadi. Tiga angkasawan dalam kapal itu didapati sihat.
Helikopter telah segera mendapati kapsul selepas ia mendarat. Kira-kira 40 minit kemudian, selepas mereka menyesuaikan diri dengan kegravitian bumi, tiga angkasawan itu keluar dari kapal sambil melambaikan tangan kepada orang awam.
Sewaktu mereka keluar dari kapal angkasa lepas itu, tepukan tangan yang gemuruh telah memenuhi Pusat Kawalan Penerbangan Angkasa Lepas Beijing.
Ketiga-tiga orang angkasawan itu memberikan ucapan masing-masing kepada para penonton yang sedang memerhati siaran langsung melalui TV. Angkasawa yang menjalankan tugas di luar kabin
semalam, Zhai Zhigang menyatakan: "Kami berjaya menyelesaikan tugas kali ini dan baru pulang ke bumi. Saya telah menjalankan tugas di luar kabin semalam dengan jayanya. Saya merasa sangat bangga untuk tanah airku."
Seorang lagi angkasawan yang membantu Zhai Zhigang menjalankan tugas di luar kabin itu, Liu Boming menyatakan: "Kami sudah menyesuaikan diri dengan kegravitian selepas mendarat. Menurut hasil pemeriksaan, kesihatan kami baik. Saya yakin angkasawan China adalah yang terbaik."
Angkasawan Jing Haipeng pula menyatakan: "Dalam tempoh tiga hari di angkasa lepas, kami merasai perhatian dari negara dan rakyat. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negara atas perhatian mereka."
Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengucapkan tahniah dan menghargai kejayaan kali ini. Kata beliau: "Kejayaan ini merupakan langkah yang bersejarah dalam sektor teknologi angkasa lepas dan menandakan China menjadi negara ketiga yang menguasai teknologi bertugas di luar kabin di seluruh dunia."
|