v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Asing Tumpukan Perhatian kepada Angkasawan China Berjalan di Ruang Angkasa Lepas
2008-09-28 16:30:58 CRI

Beberapa agensi berita asing yang kagum dengan kejayaan angkasawan Zhai Zhigang menjalankan tugas di luar kapsul dan kembali semula ke kapal "Shenzhou VII" semalam melaporkan, ini merupakan selangkah lagi kemajuan China dalam bidang penerbangan angkasa lepas.

Menurut AP, kejayaan ini meningkatkan keyakinan China untuk membina stesen sendiri dan menjalankan penerokaan di ruang angkasa lepas.

Reuters melaporkan, ini menandakan China mencapai kemajuan untuk membina makmal dan stesen di ruang angkasa lepas.

AFP pula melaporkan, China menjadi negara ketiga yang menguasai teknologi berjalan di ruang angkasa selepas Soviet Union dan A.S.. Berjalan di ruang angkasa merupakan bahagian yang paling penting bagi penerbangan kapal "Shenzhou VII" kali ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |