v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Kalangan Masyarakat di Seberang Laut Ucapkan Tahniah kepada Kejayaan Penerbangan Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII" China
2008-09-29 15:51:30 CRI

Kebelakangan ini, tokoh-tokoh daripada pelbagai kalangan masyarakat di seberang laut dengan pelbagai cara mengucapkan tahnih kepada kejayaan penerbangan kapal angkasa lepas pembawa angkasawan "Shenzhou VII" China.

Petugas program kapal angkasa lepas pengangkutan automatik di bawah Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), Encik Jean Francois Clervoy menganggap, angkasawan China berjaya menyelesaikan tugas di luar kapsul di angkasa lepas buat kali pertama. Ini merupakan cubaan yang berjaya dalam proses pengkajian angkasa lepas China dan meletakkan dasar yang baik untuk menubuhkan stesen angkasa lepas pada masa depan.

Presiden Laos, Choummaly Sayasone dan Perdana Menteri, Bouasone Bouphavanh, Presiden Republik Korea, Lee Myong Bak dan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari turut mengucapkan tahniah kepada kejayaan China tersebut.

Pada masa yang sama, kejayaan tersebut juga membanggakan orang Cina dan perantau Chian di seberang laut. Pengerusi Badan Perayaan Hari Kebangsaan China Orang Cina di Myanmar, Zhang Zhaoji berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan yang amat besar dalam bidang sains dan teknologi canggih China dan juga adalah hasil yang amat besar yang dicapai oleh China sejak melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 30 tahun yang lalu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |