v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Mengadakan Persidangan Penghargaan Sukan Olimpik dan Paralimpik

2008-09-29 16:26:51 CRI

Pemimpin-pemimpin China termasuk Presiden, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao serta beberapa ribu orang hadirin telah menyertai persidangan penghargaan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang diadakan di Beijing hari ini. Presiden, Hu Jintao dalam sidang itu menegaskan bahawa kejayaan penganjuran kedua-dau temasya sukan tersebut menunjukkan, China mampu memberi sumbangan yang lebih besar terhadap kemajuan tamadun dunia. Katanya, "Kejayaan penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing memperlihatkan bahawa China kian maju setelah melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, rakyat China amat bersatu padu dan rakyat seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa menyokong China untuk menjayakan kedua-dua temasya sukan tersebut. China mampu memberi sumbangan yang lebih besar terhadap kemajuan tamadun dunia."

Presiden Hu berpendapat bahawa China bukan hanya memperoleh pingat dan penghargaan daripada kejayaan Sukan Olimpik dan Paralimpik, malahan menyimpulkan pengalaman yang amat berharga. Katanya, "Sukan Olimpik dan Paralimpik menyediakan peluang kepada rakyat seluruh dunia untuk meningkatkan pertukaran, persefahaman dan persahabatan. Persefahaman antara China dengan masyarakat antarabangsa telah dipertingkatkan dengan penganjuran kedua-dua temasya sukan tersebut."

Seramai 1.7 juta orang sukarelawan yang berkhidmat untuk temasya sukan tersebut telah dipuji oleh rakyat seluruh dunia. Wakil sukarelawan dari Universiti Tsinghua, Liang Suhui semasa menyampaikan ucapan dalam sidang tersebut berkata, "Para sukarelawan amat bangga dengan kecemerlangan Sukan Olimpik dan Paralimpik, kerana kami berusaha gigih untuk menjayakan temasya sukan tersebut."

Wakil kontinjen Sukan Paralimpik China, jurulatih pingpong, Yuan Feng dalam sidang tersebut menyatakan bahawa atlet kurang upaya China dan jurulatih mereka akan terus berusaha mengembangkan usaha sukan OKU China setelah Sukan Paralimpik Beijing berakhir. Katanya, "Kami akan berusaha menyediakan latihan yang lebih sesuai dan saintifik supaya meningkatkan kemahiran atlet kurang upaya serta memberi sumbangan untuk mengembangkan usaha sukan OKU."

China telah menunaikan janjinya untuk menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang sama cemerlang. Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven berpendapat bahawa Sukan Paralimpik Beijing adalah yang paling cemerlang dalam sejarah temasya sukan tersebut.

Presiden Hu menegaskan bahawa semangat Sukan Olimpik telah memperlihatkan kemajuan tamadun insan. China akan terus mempertahankan semangat Sukan Olimpik yang mengutamakan perpaduan, persahabatan dan kedamaian. Katanya, "China akan bersungguh-sungguh menyimpulkan pengalaman yang berharga daripada kejayaan penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik, mempertahankan kedamaian, pembangunan dan kerjasama serta meningkatkan persefahaman, persahabatan dan kerjasama dengan pelbagai negara yang lain agar memajukan tamadun insan."

Saudara pendengar, deikian tadi

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |