v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Dewan Negara China Adakan Majlis Jamuan Untuk Menyambut Ulang Tahun Ke-59 Penubuhan Republik Rakyat China

2008-09-30 15:24:32 CRI

1 Oktober nanti ialah hari kebangsaan China. Dewan Negara China telah mengadakan majlis jamuan untuk menyambut ulang tahun ke-59 penubuhan Republik Rakyat China di Beijing malam tadi. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam ucapannya menegaskan bahawa China akan terus melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, meningkatkan pembangunan saintifik, mengambil dasar pembangunan yang aman dan terus berusaha untuk membina sebuah dunia yang harmoni dan makmur.

Presiden China, Hu Jintao dan lebih 1000 orang tokoh dalam dan luar negara berhimpun bersama-sama untuk menyambut hari yang bermakna ini. Wen Jiabao bagi pihak Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara mengucapkan tahniah kepada rakyat seluruh negara dan memberi salam terhadap perantau China di Hong Kong, Makau, Taiwan dan seberang laut serta mengucapkan terima kasih kepada tokoh-tokoh antarabangsa yang sentiasa memberikan bantuan kepada China. Beliau berkata:

"Tahun ini tidak akan dilupakan oleh China dalam proses pembangunannya. Kami berjaya mengalahkan bencana ribut salji dan hujan yang hebat, mengatasi kesukaran akibat bencana gempa bumi Sichuan yang dahsyat. Di samping itu, kami berjaya menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing. Kapal angkasa lepas pembawa angkasawan 'Shenzhou ?' berjaya selesaikan tugasnya. Selain itu, kami telah mengatasi kesukaran akibat perubahan besar yang berlaku dalam sektor ekonomi antarabangsa. "

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China. Wen Jiabao menekankan pentingnya dasar itu terhadap pembangunan China. Kata beliau: "Dasar itu menjadi pemangkin bagi pembangunan China. Seluruh masyarakat penuh dengan dinamik dan negara kita berkembang dengan pesat."

Wen Jiabao menyatakan, walaupun China masih berdepan dengan banyak kesulitan dan masalah dalam usaha membangunkan modenisasi sosialisme, namun, kita penuh keyakinan untuk menyelesaikannya. Menurut beliau, China akan terus mempertahankan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, mendorong pembangunan secara saintifik dan mewujudkan keharmonian masyarakat. Di samping itu, Tanah Besar akan bersama-sama dengan saudara setanah air Hong Kong dan Macau untuk memelihara kemakmuran dan kestabilan jangka panjang kedua-dua wilayah tersebut, justeru berganding tangan dengan saudara setanah air Taiwan untuk membuka situasi baru hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Menyentuh tentang dasar luar, Wen Jiabao menegaskan bahawa China akan teguh memegang pembangunan secara damai. Kata beliau: "Kami akan mempertahankan jalan pembangunan secara damai, mengamalkan dasar luar yang damai dan berdikari, dan mendorong pembinaan dunia yang harmoni, aman dan makmur bersama."

Tetamu-tetamu agung yang hadir dalam majlis jamuan itu pula berturut-turut merakamkan ucapan tahniah atas ulang tahun penubuhan ke-59 Repulik Rakyat China, dan menyanjung tinggi pencapaian China pada tahun ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |