v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Pembinaan Semula Selepas Bencana Gempa Sichuan Berjalan Lancar
2008-10-01 16:16:42 CRI

Usaha pembinaan semula selepas bencana gempa di Sichuan sedang berjalan lancar dan beberapa projek pembinaan semula sudah beroperasi. Demikian dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China hari ini.

Menurut statistik, projek-projek yang sudah dimulakan dengan bantuan pelbagai tempat seluruh negara termasuk projek pembinaan jalan raya di Shifang yang dilaksanakan oleh bandar Beijing, 12 buah projek seperti pusat perubatan, pusat kebajikan masyarakat bersepadu dan sekolah rendah Tuqiao di Dujiangyan yang dilaksanakan oleh bandar Shanghai, projek pembinaan semula rumah penduduk Songpan yang dilaksanakan oleh provinsi Anhui dan hospital rakyat Hanyuan yang dilaksanakan oleh provinsi Hubei.

Sebanyak 18 buah provinsi dan bandar China sedang berusaha mengumpulkan modal pembinaan semula demi menjamin peruntukan modal pada setiap tahun tidak kurang daripada jumlah yang ditetapkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |