v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kesan Penurunan Bursa A.S.

2008-10-01 15:47:32 CRI

Selepas Kongres A.S. menolak rancangan penyelamatan pasaran kewangan yang berjumlah 700 bilion dolar Amerika yang dikemukakan oleh kerajaan George W. Bush pada 29 September lalu, tiga indeks saham menurun secara mendadak di bursa saham New York. Indeks Dow Jones menurun 777.68 mata pada hari itu dan mencipta penurunan sehari yang paling besar dalam sejarah. Nilai saham itu menurun 1200 bilion dolar Amerika dan angka ini merupakan hampir dua kali ganda daripada jumlah rancangan penyelamatan tersebut. Penganalisis menyatakan, penurunan harga saham Amerika Syarikat secara mendadak bukan sahaja memberikan tamparan kepada pasaran kewangan A.S. dan dunia, malahan juga memberikan amaran kepada Kongres A.S..

Bagi rakyat A.S., indeks Dow Jones merupakan barometer untuk menganalisis pembangunan ekonomi. Oleh sebab media melaporkan bahawa Kongres mungkin akan terus mengadakan perbincangan untuk mendorong supaya rancangan penyelamatan kewangan itu diluluskan, maka selepas kejatuhan bursa saham secara mendadak pada Isnin lalu, indeks Dow Jone dengan besar meningkat 485.21 mata semalam. Sementara itu, selepas mengalami "Isnin yang hitam", pasarkan saham di Eropah dan Asia-Pasifik juga meningkat dengan besar. Penganalisis menegaskan, fenomenon tersebut merupakan amaran kepada ahli Kongres A.S., iaitu mereka perlu meluluskan rancangan penyelamatan tersebut dengan secepat mungkin, walalupun rancangan tersebut juga diperbaiki.

Ahli ekonomi Syarikat MKM Partners A.S., Michael Dadar berpendapat bahawa mungkin sesetengah ahli kongres tidak mempunyai pengetahuan cukup tentang pasaran ekonomi di luar A.S., namun mereka tentu tahu akan kesan negatif penurunan indeks Dow Jones dengan hampir 1000 mata dalam satu hari. Dengan menyedari kesan kejatuhan pasaran saham New York itu, kelulusan rancangan menyelamatkan pasaran kewangan oleh ahli kongres adalah satu perkara yang baik.

Namun, penurunan pasaran saham A.S. yang mendadak itu memberikan tamparan yang serius bagi pasaran A.S. malah pasaran kewangan seluruh dunia. Menurut laporan "New York Times", penurunan indeks saham itu menyebabkan pasaran kredit menghadapi tekanan yang besar. Penganalisis berpendapat bahawa krisis yang dihadapi oleh pasaran kredit tersebut akan menyebabkan ekonomi A.S. menjadi lebih teruk.

Presiden George W. Bush menyatakan sebelum pembukaan pasaran saham A.S. semalam bahawa sekiranya kongres tidak meluluskan rancangan penyelamatan menyelamat yang bernilai 700 bilion dolar Amerika itu, ekonomi A.S. akan mengalami "penderitaan dalam tempoh masa yang panjang". Pada hari yang sama, calon presiden Parti Demokrat, Barack Obama dan calon presiden Parti Republikan John McCain masing-masing menghubungi Geoge W. Bush dan menggesa beliau memecah kebuntuan antara kerajaan dengan kongres tentang rancangan menyelamatkan pasaran kewangan itu. Pasa masa yang sama, sesetengah negara juga menyeru A.S. agar mengambil sikap yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan negara itu. Canselor Jerman, Angela Merkel menyeru kongres A.S. mengubah keputusannya dan meluluskan rancangan tersebut dengan secepat mungkin.

Sekarang, kerajaan A.S., masyarakat antarabangsa dan tokoh-tokoh dalam kalangan kewangan menganggap rancangan penyelamatan pasaran kewangan tersebut amat diperlukan. Maka, pelbagai pihak tetap menaruh harapan yang besar terhadap rundingan kongres tentang rancangan itu yang akan diadakan pada penghujung minggu ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |