v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persembahan Meriahkan Suasana Hari Kebangsaan

2008-10-01 14:51:32 CRI

Hari ini ialah Hari Kebangsaan China. Rakyat China mulai menikmati cuti sempena Hari Kebangsaan selama 7 hari dua hari yang lalu. Pelbagai aktiviti kebudayaan telah diadakan di seluruh negara ini sempena cuti Hari Kebangsaan kali ini, antaranya termasuklah "Minggu Persembahan Opera Kanak-kanak", "Pesta Kesenian Asia" dan aktiviti muzik bergaya moden yang diminati oleh rakyat pelbagai kalangan masyarakat.

Beberapa banyak persembahan kesenian yang diadakan di Beijing sempena Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini telah meninggalkan ingatan yang sukar untuk dilupakan oleh rakyat pelbagai negara. Walaupun temasya sukan itu telah berakhir, namun pelbagai aktiviti persembahan yang diadakan di Beijing sekarang terus mendapat sambutan yang hangat, terutamanya "Minggu Persembahan Opera Kanak-kanak" selama 10 hari yang mulai diadakan sejak hari ini.

Sebanyak 50 kali persembahan yang diminati oleh kanak-kanak akan diadakan sempena aktiviti "Minggu Persembahan Opera Kanak-kanak" tersebut, antaranya termasuk opera moden, opera cerita kanak-kanak, opera boneka dan opera wayang kulit. Presiden Persatuan Penyelidikan Opera Kanak-Kanak China, salah satu pihak penganjur aktiviti itu, Encik Zhou Yuyuan menyatakan bahawa aktviti itu diadakan demi memenuhi permintaan kalangan kanak-kanak dan bertujuan supaya kalangan kanak-kanak dapat menikmati sekali "pesta kanak-kanak" pada bulan Oktober. Kata beliau: "Kami fakir 'Pesta Kanak-kanak' yang disambut dengan setahun sekali tidak cukup. Maka, kami berharap aktiviti itu dapat menyajikan persembahan kesenian yang beraneka ragam untuk kanak-kanak supaya mereka menikmati sekali lagi 'pesta kanak-kanak".

Di samping itu, Pesta Kesenian Asia Ke-10 yang diadakan setahun sekali telah diadakan di Zhengzhou, ibu kota provinsi Henan dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan kali ini. Sebanyak 36 buah kumpulan kesenian dari lebih 20 buah negara dan wilayah di rantau Asia telah menyertai Pesta Kesenian Asia kali ini. Para seniman akan menyajikan persembahan yang dianggap paling unggul di arena kesenian Asia dalam pesta kesenian tersebut, termasuk opera tarian, opera kanak-kanak, opera muzik dan opera tradisional dari pelbagai tempat di China. Kakitangan Pesta Kesenian Asia kali ini, Encik Li Tao berkata: "Kami akan menyajikan beberapa banyak persembahan dalam pesta kesenian kali ini. Persembahan itu mendapat sambutan yang hangat daripada para penonton dari pelbagai negara Asia seperti Thailand, Laos dan Myanmar"

Pelbagai aktiviti persembahan juga telah diadakan di provinsi Sichuan yang dialami bencana gempa bumi yang serius pada tahun ini. Seniman dari Sepanyol akan menyajikan tiga kali persembahan tarian Flamenco dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan bagi memeriahkan suasana perayaan.

Sementara itu seniman tempatan Chengdu juga akan mengadakan pelbagai jenis persembahan dan aktiviti perayaan sempena cuti Hari Kebangsaan, termasuk persembahan muzik yang disajikan oleh ahli muzik yang amat terkenal. Seorang mahasiswa dari Chengdu, Wang Zhuo memberitahu wartawan bahawa walaupun tidak dapat menyambut hari cuti bersama anggota keluarga, namun dia berasa amat gembira kerana boleh menikmati persembahan muzik yang istimewa dan bergaya moden.

Katanya: "Persembahan muzik sungguh bagus dan serba baru, ia sangat diminati oleh muda-mudi seperti saya. Cuti Hari Kebangsaan kali ini tentu akan meninggalkan ingatan yang sukar untuk dilupakan kepada saya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |