v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pemimpin Negara Asing dan Orang Cina dan Perantau China di Seberang Laut Sanjung Kejayaan Penerbangsa Kapal Angkasa Lepas "Shenzhou VII"
2008-10-01 14:21:35 CRI

Kebelakangan ini, pemimpin beberapa negara asing menyampaikan ucapan tahniah kepada kejayaan penerbangan kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" dan menganggap perkembangan teknik penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China amat menakjubkan. Pada masa yang sama, orang Cina dan perantau China di seberang laut menyatakan bahawa kejayaan China tersebut membanggakan mereka.

Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani ketika menemui utusan khas China, Wu Dawei di pejabatnya semalam menyampaikan ucapan tahniah kepada China kerana kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" menyelesaikan tugas dengan jayanya. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk terus memperkukuh dan mengembangkan hubungan Pakistan-China.

Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat mengutus surat kepada rakan sejawat dari China, Wen Jiabao pada 28 September yang lalu yang menyatakan, perkembangan sains dan teknologi di China tentu akan memanfaatkan rakyat China bahkan manusia seluruh dunia.

Naib Menteri Pertahanan Kenya yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Kenya-China, David Musila menyatakan, kejayaan penerbangan kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" menandakan China telah menduduki tempat terdepan di dunia dalam bidang penerbangan angkasa lepas.

Selain itu, orang Cina dan perantau China di seberang laut menyanjung tinggi kejayaan tersebut. Pengerusi Gabungan Orang Cina dan Perantau China di German, Cui Naisheng menyatakan, kejayaan penerbangan kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" amat membanggakan mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |