v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hari Raya Aidilfitri Disambut Meriah di Niujie
2008-10-02 16:30:12 CRI

Jalan Niujie dibanjiri oleh umat Islam.

Hari ini ialah Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai aktiviti telah diadakan di Niujie, Beijing hari ini untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Hari raya Aidilfitri merupakan perayaan terpenting bagi 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China, termasuklah etnik Hui. Hari ini, seramai 100 ribu orang penduduk Muslim dan warga asing di Beijing telah datang ke Niujie untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menarik bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

Anggota Jawatankuasa Tetap Bandar Beijing Parti Komunis China, Puan You Lantian ketika menghadiri aktiviti perayaan di Niujie berkata: "Hari ini kita menyambut dua perayaan, iaitu hari raya Aidilfitri bagi semua umat Islam di China, dan juga hari kedua dalam cuti panjang Hari Kebangsaan China. Saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada semua penduduk Muslim di Niujie."

Jalan Niujie dibanjiri oleh umat Islam.

Niujie merupakan kawasan kediaman orang Muslim yang terbesar di Beijing. Terdapat lebih kurang 54 ribu orang penduduk yang tinggal di kawasan ini, antaranya seramai 12 ribu orang ialah umat Islam. Masjid Niujie yang bersejarah selama 1012 tahun dibina di tapak seluas 10 ribu meter persegi adalah terletak di kawasan tersebut.

Bermula pukul 7.00 pagi hari ini, Jalan Niujie telah ditutup secara sementara kepada semua kenderaan bagi menjamin kelancaran pelbagai aktiviti sambutan. Dengan ini, Jalan Niujie telah menjadi "pasar" jual makanan dan barang kegunaan Muslim.

Selain daripada "pasar jual makanan", pelbagai aktiviti seperti pameran gambar dan pertandingan catur China juga telah diadakan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Aktiviti-aktivit tersebut telah menarik ramai orang Muslim. Seorang gadis yang bernama Mai Na memberitahu wartawan kami bahawa: "Saya rasa hari ini sangat meriah. Aktiviti-aktiviti di Niujie juga amat menarik. Kami sekeluarga datang ke Niujie untuk merayakan hari raya Aidilfitri."

Untuk menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti di Niujie, kerajaan tempatan telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan. Encik Wang Jinhua ialah tauke sebuah kedai makan halal di Niujie. Beliau memberitahu wartawan kami bahawa: "Pada pendapat saya, pada tahun ini, kerajaan telah memberikan perhatian tinggi terhadap aktiviti sambutan hari raya, misalnya mereka menutup Jalan Niujie kepada semua kenderaan, dan menyediakan gerai jualan makanan untuk kami."

Perayaan di Niujie bukan sahaja menarik ramai orang Muslim, tetapi juga bagi mereka yang bukan Muslim. Pelajar etnik Han dari Universiti Ekonomi dan Perdagangan Ibu Negara, Xu Shaochi memberitahu wartawan kami bahawa: "Ini merupakan kali pertama saya melawat ke Niujie. Hari ini hari raya Aidilfitri, dan juga hari kedua bagi cuti panjang Hari Kebangsaan China, maka saya datang untuk merasakan suasana perayaan di sini, dan menggunakan peluang ini untuk mengenali lebih banyak tentang budaya Islam."

Tempat nasikat untuk penduduk

Seorang tauke sedang menjual topi muslim.

Seorang tauke sedang menjual topi muslim.


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |