v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

EU dan India Tingkatkan Kerjasama

2008-10-02 15:27:58 CRI

Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah-India pusingan ke-9 diadakan di Marseille, selatan Perancis pada 29 September lalu. Selepas sidang itu, kedua-dua pihak mengumumkan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga nuklear kegunaan awam dan perlindungan alam sekitar. Pemimpin Kesatuan Eropah dan India amat berpuas hati dengan hasil sidang kemuncak tersebut.

Setelah sidang kemuncak itu berakhir, Kesatuan Eropah dan India mengumumkan rancangan baru untuk meningkatkan hubungan rakan strategik mereka termasuk meningkatkan perbincangan dan dialog tentang hak asasi manusia dalam rangka PBB, meningkatkan kerjasama dalam bidang memelihara kedamaian, antikeganasan dan mencegah percambahan senjata, meningkatkan kerjasama dan pertukaran tentang penerokaan dan penggunaan sumber tenaga yang bersih, bersama-sama meneroka tenaga nuklear penggunaan awam dengan berdasarkan antarabangsa yang berkenaan, memeterai perjanjian dagangan bebas dengan secepat mungkin, meningkatkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi antara perusahaan kedua-dua pihak dengan menubuhkan Pusat Perusahaan dan Teknologi Eropah di India serta meningkatkan dialog dalam bidang teknologi ruang angkasa lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Barroso menyatakan bahawa kesatuan itu akan meningkatkan kerjasama dengan India untuk memelihara kedamaian dan keselamatan dunia, mendorong pembangunan secara berterusan, meningkatkan kerjasama dalam bidang pengkajian sains dan teknologi serta pertukaran kebudayaan. Presiden Perancis, negara pengerusi bergilir kesatuan itu, Nicholas Sarkozy menyatakan bahawa India merupakan sebuah negara besar. Kesatuan Eropah mengalu-alukan usaha India untuk mengembangkan tenaga nuklear penggunaan awam untuk menghadapi masalah perubahan iklim global. Nicholas Sarkozy dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh mengumumkan di Paris pada 30 September lalu bahawa kedua-dua pihak memeterai beberapa perjanjian kerjasama dalam bidang tenaga nuklear penggunaan awam dan ruang angkasa lepas. Selain itu, kedua-dua negara itu juga akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, pengkajian sains dan teknologi, politik, ketenteraan, ekonomi dan perdagangan, persekitaran, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan. Manmohan Singh menyatakan bahawa ekonomi India dan Kesatuan Eropah saling melengkapi. Beliau berpendapat bahawa sidang kemuncak itu amat berjaya dan dapat meningkatkan hubungan rakan strategik kedua-dua pihak tersebut.

Ada penganalisis berpendapat bahawa sidang kemuncak tersebut amat penting bagi Kesatuan Eropah dan India. Kedua-dua pihak tersebut berhasrat untuk meningkatkan kerjasama antara satu sama lain.

Media Eropah menyiarkan bahawa India yang semakin kuat memainkan peranan yang kian penting dalam masyarakat antarabangsa. Negara itu telah memeterai perjanjian kerjasama dengan A.S. tentang tenaga nuklear penggunaan awam baru-baru ini. Kesatuan Eropah perlu meningkatkan hubungan dengan India. Nicholas Sarkozy berpendapat bahawa Kumpulan 8 boleh disusun semula dan menjadi Kumpulan 11 yang dianggotai oleh India.

India juga amat mementingkan hubungan dengan Kesatuan Eropah. Kini, Kesatuan Eropah menjadi rakan dagangan yang terbesar bagi India. India berusaha meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara besar dan pertubuhan serantau agar menarik perlaburan daripada mereka. Selain itu, India berusaha memainkan peranan yang lebih penting dalam arena politik antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |