Bencana gempa bumi telah berlaku di Sichuna pada 12 Mei tahun ini. Dengan bantuan dari pelbagai peringkat kerajaan, pembangunan semula di kawasan bencana sekarang adalah baik dan hidup rakyat di sana semakin mantap. 1 Oktober merupakan Hari Kebangsaan China. Penduduk di kawasan bencana menyambut Hari Kebangsaan pertama selepas berlakunya gempa itu.
Yi Jianping, seorang penduduk di pekan Yingxiu. Hampir semua bangunan di pekan Yingxiu telah runtuk ketika berlakunya bencana gempa di sana. Kebanyakan penduduk tempatan tinggal di rumah sementara sekarang, ada yang mendapat peluang kerja di tempat lain dan ada juga yang mencari kerja di sana. Kehidupan di sana telah pulih secara beransur-ansur. Yi Jianping menyatakan bahawa kerajaan tempatan telah memberikan subsidi kepada mereka selama 3 bulan selepas gempa bumi berlaku, dan mereka telah mendapat peluang kerja masing-masing. Beliau telah mendapat peluang kerja pembersihan di pekan itu sekarang dan suaminya, seorang pekerja Pembina. Pendapatan harian mereka berjumlan kira-kira 100 yuan RMB. Beliau berkata bahawa kini, makanan seperti ayam, itik dan ikan ada dijual di pasaran. Kami ada wang dan dapat membeli makanan tersebut.
Tibalah musim gugur sekarang dan hawa menjadi sejuk. Pelbagai kalangan masyarakat telah menyediakan pakaian yang tebal kepada penduduk yang tinggal kawasan bencana tersebut. Dimaklumkan bahawa pelbagai pihak yang berkenaan berusaha membina rumah kediaman untuk mangsa tempatan.
Lai Yue, seorang penduduk di kaunti Jintang provinsi Sichuan. Kampung halamannya merupakan kawasan yang dilanda bencana gempa yang amat teruk. Dia sedang bersekolah menengah atas darjah ketiga semasa berlakunya bencana gempa, tetapi pelajarannya tidak terputus. Dia dapat memasuki Universiti Tsinghua Beijing pada akhir bulan Ogos yang lalu setelah mengikuti peperiksaan.
Dia menyatakan bahawa pihak sekolah telah menyediakan barang-barang kegunaan harian dan subsidi kepada dia. Guru dan rakannya juga memberikan banyak bantuan dalam aspek hidup dan pelajarannya. Beliau menyatakan bahawa saya telah berdaftar untuk menyertai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak universiti, iaitu menjadi pemandu pelancong untuk memperkenalkan Universiti kepada para pelancong.
Pembangunan semula sedang giat dilaksanakan di kawasan bencanan Sichuan sekarang. Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan 70 bilion yuan RMB untuk menubuhkan tabung pembangunan semula selepas berlakunya bencana gempa. Selain itu, pihaknya akan mangambil tindakan pada tahun 2009 untuk membantu kawasan bencana gempa itu dibagnunkan semula.
|