v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Luar Mesir Adakan Lawatan ke Iraq

2008-10-06 15:04:32 CRI

Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit tiba di Baghdad semalam dan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Mesir di ibu negara Iraq itu akan dibuka semula. Penganalisis berpendapat bahawa lawatan Menteri Luar Mesir ke Iraq secara tiba-tiba itu bertujuan untuk memulihkan secara menyeluruh hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kedatangan Ahmed Abul Gheit ini merupakan lawatan pertama kali Menteri Luar Mesir ke Iraq sejak tahun 1990, iaitu pertama kali Mesir menghantar delegasi peringkat kanan melawat Iraq sejak berlakunya perang Iraq pada tahun 2003. Dalam sidang akhbar bersama selepas mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshiar Mahmoud al-Zibari, Ahmed Abul Gheit menyatakan bahawa beliau telah meninjau Kedutaan Besar Mesir di Iraq. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan tarikh Kedutaan Besar itu dibuka. Pada hari itu, Ahmed Abul Gheit dan rombongannya juga secara khusus pergi ke Sulaymaniyah di bahagian utara Iraq untuk mengadakan rundingan dengan Presiden Iraq, Jalal Talabani. Kedua-dua pihak menegaskan kewajaran meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Kebuntuan hubuangan antara Mesir dengan Iraq bermula sejak Amerika Syarikat mencetuskan perang di Iraq. Pada masa itu, situasi tidak menentu menjadi semakin buruk, dalam negara Iraq yang penuh dengan rusuhan dan keganasan. Diplomat pertama Mesir di Iraq, Ihab al-Sharif telah diculik dan dibunuh oleh pertubuhan Al Qaeda di Baghdad pada bulan Julai tahun 2005.

Penganalisis berpendapat bahawa pembukaan semula Kedutaan Besar Mesir di Iraq bermanfaat bagi kedua-dua negara. Pertama, perkara ini bermanfaat bagi pemulihan hubungan antara Mesir dengan Iraq, dan ini penting dalam menangani isu Iraq. Dalam sidang akhbar, Ahmed Abul Gheit menyatakan bahawa beliau telah mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan Menteri Luar, Hoshiar Mahmoud al-Zibari. Kedua-dua bersetuju untuk memulihkan aktiviti jawatankuasa campuran peringkat tinggi kedua-dua negara dalam pelbagai aspek, dan bersetuju delegasi Iraq mengadakan lawatan balas ke Mesir untuk menyempurnakan mekanisme kerjasama kedua-dua negara.

Kedua, lawatan Ahmed Abul Gheit bertujuan untuk memulihkan kerjasama dua hala kedua-dua negara, khususnya dalam bidang minyak dan sumber tenaga.

Ketiga, keputusan Mesir untuk membuka semula Kedutaan Besarnya di Baghdad tak syak lagi akan menggalakkan negara-negara Arab lainnya memulihkan hubungan diplomatik dengan Iraq, dan bermanfaat bagi Iraq mendapat lebih banyak sokongan daripada negara-negara Arab bahkan masyarakat antarabangsa. Menteri Luar Iraq, Hoshiar Mahmoud al-Zibari menyatakan bahawa Iraq memerlukan bantuan Mesir untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur selepas perang. Menurut beliau, kedua-dua pihak telah mengambil pandangan yang sama dalam banyak isu. Mesir menyatakan akan membantu kerajaan Iraq menghadapi banyak cabaran dalam bidang politik dan keselamatan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |