v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Amalan Baik Membantu Warga Emas

2008-10-07 17:35:46 CRI

Hari ini ialah hari perayaan tradisional China, Festival Chong Yang yang juga dikenali sebagai Hari Warga Emas. Pelbagai tempat telah mengadakan aktiviti untuk memberikan penghormatan dan bantuan kepada golongan orang tua. Kini, China telah mencapai paras masyarakat warga emas. Jumlah penduduk tua yang besar ini mengundang cabaran yang hebat kepada China sebagai negara membangun. China sedang menghadapi cabaran ini secara aktif supaya warga emas dapat menjalani kehidupan sejahtera.

Festival Chong Yang merupakan perayaan tradisional China yang sudah bersejarah selama lebih seribu tahun. Orang China akan pergi makan angin, mendaki ke tempat yang tinggi dan menikmati keindahan bunga kekwa yang berkembang mekar pada musim luruh. Pada tahun 1989, kerajaan China mengisytiharkan Festival Chong Yang sebagai Hari Warga Emas.

Pagi tadi, Majlis Sambutan Festival Chong Yang yang menarik telah diadakan di Kuil Konfusius di Beijing.

Dibimbing oleh juruetiket, semua orang yang hadir majlis itu memberi hormat kepada orang tua dengan cara tradisional. Orang muda menghidangkan teh, kuih-muih tradisional kepada orang tua.

Ini merupakan kali ke-2 aktiviti tersebut diadakan di Kuil Konfusius. Salah seorang penganjur acara tersebut, Encik Shen Ziqiang menjelaskan kepada kami bahawa aktiviti tersebut diadakan untuk mengekalkan dan mengembangkan tradisi China yang baik, iaitu menghormati orang tua."Ketaatan kepada ibu bapa merupakan hal yang paling penting dalam budaya China. Kita mesti menghormati orang tua kita di rumah. Saya berharap masyarakat dapat terus mengembangkan amalan baik itu."

Selain Beijing, di pelbagai tempat di China juga diadakan banyak aktiviti sambutan Hari Warga Emas hari ini.

Berdasarkan piawaian PBB, bagi negara-negara membangun, kalau peratusan penduduknya yang berumur 60 tahun ke atas melebihi 10% daripada jumlah seluruh penduduk, maka negara itu tergolong ke dalam negara masyarakat warga emas. China telah mencapai paras masyarakat warga emas pada penghujung tahun 1990-an. Menjelang tahun 2010, jumlah penduduk warga emas negara ini dijangka akan menyumbangkan hampir 13% daripada jumlah seluruh penduduk China.

Disebabkan masih berpegang kepada tradisi, kira-kira 98% warga emas di China masih menjalani hari-hari tua mereka dengan tinggal di rumah sendiri. Menjalani hari-hari tua secara ini mempunyai kebaikan, misalnya boleh merasai kasih sayang ahli keluarga. Namun, ia juga ada kekurangan. Misalnya anak yang sibuk bekerja tidak ada masa untuk menjaga ibu bapa yang tua. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, satu kaedah baru untuk menghabiskan hari-hari tua dengan tinggal di rumah sendiri telah dipromosi di pelbagai tempat di China. Ibu bapa berkenaan yang tetap tinggal di rumah mereka, namun, keperluan mereka dipenuhi melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pemberi pekhidmat dari komuniti kediamannya.

Satu pusat perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan warga emas di rumah sudah ditubuhkan di Daerah Xicheng, Beijing pada tahun 2005. Petugas pusat itu, Puan Zhao Yingqi menyatakan bahawa,"Kami menyediakan perkhidmatan penjagaan harian yang teliti bagi warga emas. Kami juga telah menubuhkan sebuah sekolah warga emas. Di situ mereka boleh belajar kaligrafi dan melukis. Ini dapat memperkaya kehidupan spiritual mereka."

Selain sistem penjagaan warga emas di rumah itu, kerajaan China juga sedang memperhebat usaha untuk membina rumah-rumah warga emas dengan menggalakkan penglibatan golongan usahawan swasta. Kerajaan China juga meningkatkan dana untuk mewujudkan sistem insurans dan perubatan bagi warga emas.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |