v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usaha Menyelamat Memperlihatkan Semangat Kebangsaan China

2008-10-08 18:11:33 CRI

Sidang untuk menghargai usaha menyelamat di seluruh negara China telah dirasmikan dengan meriahnya di Beijing hari ini. Avara ini diadakan untuk memberikan senderamata penghargaan kepada kumpulan dan individu yang membuat sumbangan yang besar dalam usaha menyelamat ketika berlaku bencana gempa buki baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin tertinggi China, termasuk Hu Jintao, Wu Bangguo dan Wen Jiabao telah menghadiri sidang pegnhargaan ini.

Presiden China, Hu Jintao menyatakan bahawa gempa bumi 8.0 pada skala richter yang berlaku di Wenchuan Sichuan China 5 bulan yang lalu telah mengakibatkan kerosakan yang paling besar sejak China baru ditubuhkan. Seramai 70 ribu orang telah terkorban dan bencana ini telah mengakibatkan kerugian ekonomi yang bernilai lebih 840 bilion yuan RMB.

Hu Jintao menyatakan bahawa kerajaan China telah memimpin rakyatnya untuk melaksanakan kerja-kerja mengadakan usaha menyelamat selepas berlakunya bencana gempa itu. Beliau menyatakan bahawa bencana merupakan amaran dan arahan, dan waktu merupakan nyawa manusia. Kita telah menggerakkan dan melaksanakan usaha menyelamat yang paling pesat, dan tenaga yang paling kuat dalam sejarah China, dan kita telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa orang awam juga untuk mengurangkan kerugian akibat bencana.

Kerajaan China telah menggunakan mekanisme respons yang pantas dan mengambil tindakan positif dan berkesan. Lebih 84 ribu orang terselamat daripada runtuhan bangunan dan lebih 4. 3 juta orang cedera mendapat rawatan tepat pada waktunya, manakala lebih 15 juta orang mangsa telah berjaya ditempatkan semula secara sempurna.

Ramai sukarelawan China pergi ke kawasan bencana untuk membuat sumbangan masing-masing. Chen Yan yang berumur 36 tahun, seorang penduduk bandar Chengdu telah menyelamatkan lebih 20 orang kanak-kanak daripada runtuhan bangunandan beliau berusaha selama 5 hari 5 malam selepas berlakunya gempa bumi di sana. Beliau berkata, kerana saya seorang penduduk di provinsi Sichuan dan seorang warga China, tanah air ini umpama ibunda yang telah memberikan nyawa kepada saya. Oleh itu, saya akan mencurahkan seluruh tenaga kepada ibunda ketika tanah air menghadapi malapetaka seperti sekarang ini.

Lebih 500 orang termasuk Chen Yan telah diberi gelaran " Tokoh Teladan Usaha Menyelamat Seluruh Negara", 320 buah kumpulan diberi gelaran "Kumpulan Pahlawan Usaha Menyelamat Seluruh Negara".

Presiden China, Hu Jintao menyatakan bahawa China akan terus melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, meningkatkan kekuatan bersepadu negara dan mengatasi risiko. China juga akan menyempurnakan mekanisme kerjasama dengan jabatan antarabangsa yang berkaitan dan kerajaan pelbagai negara dalam bidang mencegah dan menangani bencana supaya China memainkan peranan penting dalam bidang tersebut di arena antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |