v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Peristiwa Berdarah Tegangkan Lagi Situasi Politik di Thailand

2008-10-09 15:40:54 CRI

Berdasarkan laporan Stesen TV Awam Thai, seramai 455 orang penunjuk perasaan cedera dalam peristiwa berdarah di Bangkok pada 7 Oktober lalu, termasuk 29 anggota polis, manakala 2 orang lagi terkorban. Kejadian ini menegangkan lagi hubungan antara kerajaan Thai dengan Parti Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD). Rakyat menggesa Perdana Menteri Somchai Wongsawat supaya memikul tanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Tokoh penganalisis berpendapat bahawa Somchai yang baru sahaja menyandang jawatan Perdana Menteri itu sedang berdepan dengan tekanan yang besar. Situasi politik di Thailand semakin kini meruncing.

Pada awal pagi 7 Oktober lalu, pihak polis Thai cuba menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan pro-PAD yang mengepung bangunan Parlimen sehingga tercetuslah peristiwa berdarah itu. Dalam pada itu, pihak polis bertegang leher dengan PAD mengenai sebab yang mengakibatkan berlakunya kejadian tersebut. Pihak polis menekankan bahawa mereka membubarkan kumpulan penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata yang selaras dengan piawaian antarabangsa. Ini, menurut mereka, tidak akan menyebabkan kecederaan yang teruk atau kematian. Sebaliknya, mereka mengecam penyokong PAD yang melepaskan tembakan kepada polis sehingga menyebabkan 4 anggota polis mengalami kecederaan yang teruk. Manakala PAD pula mengutuk pihak polis kerana menggunakan bom dan senjata pemusnah yang lain untuk mengusir penunjuk perasaan. PAD menyifatkannya sebagai satu tindakan pembunuhan terhadap orang awam. Memandangkan keadaan yang semakin tegang ini, pihak-pihak yang berkenaan mendesak supaya ditubuhkan satu suruhanjaya berkecuali untuk menyiasat kejadian tersebut.

Pendapat umum mengatakan bahawa kejadian ini merupakan peristiwa berdarah yang paling teruk dalam tempoh 10 tahun ini. Ia bukan sahaja membuatkan kerajaan Somchai menerima tekanan yang cukup besar, bahkan menegangkan lagi situasi politik di dalam negeri.

Pertama, kejadian ini menjejaskan suasana rundingan antara kerajaan dengan PAD. Chavalit Yongchaiyud yang menyandang jawatan naib Perdana Menteri bagi urusan keselamatan negara telah meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kerajaan baru yang dipimpin oleh Somchai. Beliau berjaya membina jambatan penghubung antara kerajaan dengan PAD. Rundingan antara kedua-dua pihak sudah pun bermula. Namun, ekoran berlakunya peristiwa berdarah tersebut, Chavalit mengumumkan peletakan jawatannya. Jadi, hubungan antara kerajaan dengan PAD kembali tegang.

Kedua, penyokong PAD dari seluruh negeri sedang membanjiri Bangkok. PAD akan terus memberikan tekanan kepada kerajaan. Sesetengah badan pekerja milik negara mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan mogok sebagai sokongan kepada PAD. Sebenarnya, perusahaan milik negara dari sektor penghasilan air dan tenaga elektrik sudah pun mengambil tindakan. Setelah pihak polis bertindak keras terhadap penunjuk perasaan pada awal pagi 7 Oktober lalu, bekalan tenaga elektrik di bangunan Parlimen terputus. Pada 8 Oktober pula, 3 orang ahli parlimen dari parti berkuasa terbesar, iaitu Parti Kuasa Rakyat tidak dibenarkan menaiki kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai. Tokoh penganalisis menganggap bahawa kegiatan antikerajaan yang dilancarkan oleh PAD akan menjadi bertambah hebat.

Dan, ketiga, suara rakyat yang mendesak Somchai bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut dan meletakkan jawatan semakin jelas dan lantang dilaungkan. Presiden Parti Demokrat, iaitu parti pembangkang, Abhisit Vejjajiva mendesak Somchai supaya memikul tanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Seramai 40 orang senator, canselor-canselor dari puluhan universiti di Thailand, kumpulan masyarakat dan pakar-pakar yang berkenaan terus-menerus mengutuk kerajaan kerana bertindak menggunakan kekerasan terhadap orang awam, dan menuntut Somchai meletakkan jawatan atau membubarkan Parlimen.

Berhadapan dengan tekanan daripada pihak-pihak tersebut, Somchai menyatakan bahawa beliau akan terus menjalankan kewajipannya sebagai Perdana Menteri untuk meredakan situasi yang kritikal dalam negeri.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |