v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Thailand Berharap Selesaikan Pertikaian Sempadan Thailand-Kemboja Melalui Langkah Dua Hala
2008-10-14 15:44:11 CRI

Thailand berharap untuk menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Kemboja melalui langkah dua hala.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Thailand, Sompong Amornvivat ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Bangkok semalam. Menurut beliau, Thailand mungkin tidak dapat menghalang isu pertikaian sempadan kedua-dua negara diserahkan oleh Kemboja kepada mahkamah antarabangsa. Namun, Thailand akan terus sabar menghadapinya dan berpendapat pertempuran bukan langkah sesuai untuk menyelesaikan masalah.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang menemui Sompong Amornvivat, menegaskan lebih 80 orang tentera Thailand yang masuk ke kawasan berhampiran Kuil Preah Vihear pagi semalam patut berundur dalam tempoh dua hari. Sekiranya gagal berbuat demikian, pertempuran bersenjata mungkin tercetus antara kedua-dua pihak.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |