Lebih 80 orang tentera Thailand yang masuk ke kawasan berhampiran Kuil Preah Vihear Kemboja pagi semalam telah berundur ke wilayah Thailand sebelum pukul 12 tengah hari tadi waktu tempatan.
Demikian dinyatakan oleh seorang pegawai tentera peringkat tinggi Kemboja petang tadi. Katanya, ketegangan situasi sempadan Kemboja-Thailand mulai reda dengan pengunduran itu.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sebelum ini telah menegaskan pertempuran bersenjata mungkin tercetus antara kedua-dua pihak sekiranya lebih 80 orang tentera Thailand itu tidak segera berbuat demikian.
|