v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Delegasi Pakar tentang Tibet China Melawat Eropah Untuk Perkenalkan Tibet yang Sebenar

2008-10-14 16:55:15 CRI

Anggota delegasi pakar tentang Tibet dari China tiba di Vienna kelmarin dan memulakan lawatan mereka ke Austria, Norway dan Poland yang akan berlangsung selama 11 hari. Untuk lawatan yang hari pertama pada 13 Oktober lalu, mereka telah memilih bandar baru Vienna. Delegasi tersebut berharap dapat memperkenalkan tibet yang sebenarnya kepada masyarakat Eropah melalui pertukaran pandangan dengan pegawai dan anggota kerajaan tempatan, perbincangan keilmuan dengan pakar dan sarjana, serta berhubung dengan media tempatan.

Anggota delegasi kali ini terdiri dairpada 5 orang pakar dan sarjana termasuk pengkaji dari Akademi Sains Sosial China dan Tibet serta Ketua Editor Agensi Majalah Tibet China. Pada hari pertama dalam rangka lawatan itu, anggota delegasi tersebut dan anggota kerajaan Bandar Baru Vienna telah mengadakan perbincangan tentang perlindungan terhadap persekitaran, binatang liar dan kebudayaan tradisional Tibet, juga penerokaan sumber dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang kebudayaan. Ketua delegasi, yang juga Naib Presiden Persatuan Pertukaran Kebudayaan Tibet China, Shen Kaiyun berkata:

"Sempena Sukan Olimpik yang telah diadakan dengan jayanya di Beijing, ramai anggota media antarabangsa telah datang ke Tibet. Saya amat gembira kerana kini, lebih banyak media yang berpendapat betapa perlunya mendengar pandangan China dan mengenali Tibet secara objektif. Saya berharap dapat memperkenalkan Tibet yang sebenar kepada masyarakat Barat melalui pandangan pakar dan sarjana, dan berharap supaya lebih ramai orang melancong ke Tibet. Saya yakin mereka akan membuat kesimpulan mereka sedirin secara objektif."

Ahli Parti Sosial Austria, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Austria, Peter Wittmann yang menyertai perbincangan tersebut pernah belajar di China ketika beliau masih remaja. Dalam tempoh Sukan Paralimpik Beijing 2008, beliau mengetuai kontinjen Austria datang ke Beijing. Peter Wittmann mempunyai pandangannya sendiri tentang isu Tibet. Beliau menentang tindakan yang memberikan tekanan kepada kerajaan China melalui Sukan Olimpik:

"Bagi saya, isu Tibet merupakan isu dalaman China, dan hanya patut diselesaikan oleh China sendiri. Tekanan luar hanya mengakibatkan kesan negatif. Sukan Olimpik merupakan peristiwa yang besar. Jadi, ketika itu, ada orang mengambil kesempatan untuk menarik perhatian ramai melalui tuntutan politik. Kini, Sukan Olimpik telah pun berakhir. Mereka perlu memikirkan bagaimana terus mengekalkan dialog. Kerajaan China telah menyatakan keikhlasan untuk mengadakan dialog tentang isu Tibet ini. "

Perlindungan kebudayaan dan agama di Tibet merupakan topik yang diberikan perhatian besar oleh pihak Barat, dan juga amat diutamakan oleh kerajaan pusat China. Kerajaan pusat China dikatakan telah memperuntukkan 700 juta yuan RMB untuk memperbaiki kuil-kuil Tibet, yang kini, jumlahnya lebih daripada 170 buah. Selain itu, Tibet juga telah melaksanakan pengajaran dalam dwibahasa dan menerbitkan lebih 5000 jenis buku dalam bahasa Tibet. Kerajaan pusat China juga memperuntukkan dana untuk membina lebih seribu buah sekolah di Tibet, dan 6 buah institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Tibet. Kadar belia yang menerima pendidikan di Tibet mencatat 98%. Dalam bidang perlindungan alam sekitar dan binatang liar, Tibet kini telah menjadi model yang berjaya mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.

Di Bandar Baru Vienna, delegasi pakar tentang Tibet itu juga melawat pameran foto "Tibet--Pemandangan dan Kehidupan di Puncak Gunung". Ahli Parlimen bandar itu, Isabella Siedl berkata:

"Pameran foto boleh memberikan gambaran Tibet yang sebenar kepada pelancong melalui penglihatan, dan juga boleh menimbulkan minat kepada mereka untuk ke Tibet. Pengalaman ke Tibet tidak sama dengan laporan media. Ia tidak boleh hilang atai diganti, sedangkan laporan media hanyalah gambaran yang tidak mudah diingat atau disimpan. "

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |