Ekspo China-ASEAN Ke-5 yang akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 22 hingga 25 Oktober ini akan dijadikan wahana penting bagi China dan negara-negara anggota ASEAN untuk meningkatkan interaksi, meluaskan kerjasama, saling menguntungkan dan menang-menang serta berkembang bersama.
Pegawai Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Su Haitang menyatakan, Guangxi akan berusaha untuk membina dan menyempurnakan pusat data perniagaan dan laman sesawang ekonomi perdagangan China-ASEAN. Ini bagi membolehkan ekspo ini menjadi temasya ekspo terbaik dalam memberi perkhidmatan kepada kerjasama ekonomi perdagangan China-ASEAN. Selain itu, Agensi Beroperasi Pusat China-ASEAN juga akan dibina di Guangxi.
|