v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seminar Latihan Perdagangan dan Pelaburan Sub-kawasan Sungai Mekong Diadakan
2008-10-15 11:30:14 CRI

China sangat mengutamakan kerjasama dengan negara-negara di sub-kawasan sungai Mekong dan telah memainkan peranaan sewajarnya dalam bidang berkenaan. Wakil tetap China ke Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik PBB, Diao Mingsheng berkata, China juga akan terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi yang selaras di pelbagai negara di kawasan itu.

Beliau berkata demikian dalam jails perasmian seminar latihan perdagangan dan pelaburan sub-kawasan sungai Mekong yang diadakan di Thailand kelmarin. Lebih 30 orang pegawai, pakar dan wakil dari Laos, Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam dan China telah menyertai seminar tersebut.

Seminar kali ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pembangunan dan kerjasama antara pegawai dari kerajaan pelbagai negara di sub-kawasan sungai Mekong dan membantu mereka lebih mengetahui peranan koridor ekonomi utara-selatan bagi mendorong pelaburan dan perdagangan supaya meningkatkan kerjasama antara pelbagai negara berkenaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |