v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerja Persiapan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Selesai

2008-10-15 16:12:09 CRI

Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 akan diadakan di Beijing pada 24 hingga 25 Oktober ini. Penolong Menteri Luar China, Liu Jieyi di Beijing semalam menyatakan bahawa kini, kerja persiapan sidang tersebut telah selesai. Jumlah pemimpin dari negara-negara yang berkenaan yang akan menyertai sidang tersebut mencipta rekod yang baru. Beliau mendedahkan bahawa dengan latar belakang pergolakan kewangan kini, kaedah menghadapi cabaran ekonomi global dan memelihara kestabilan kewangan akan menjadi salah satu topik utama dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ini.

Sidang yang akan dirasmikan di Beijing pada 24 Oktober ini bertema "Berdialog dan Bekerjasama, Saling Menguntungkan". Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Kementerian Luar China semalam, Liu Jieyi menyatakan bahawa China amat menekankan kerja persiapan Sidang Kemuncak Asia-Eropah ini. Kini, menurut beliau, kerja persiapan dari pelbagai aspek seperti protokol, penerangan, kawalan keselamatan dan logistik telah pun selesai.

Beliau menyatakan bahawa setakat ini, 38 orang pemimpin dari pelbagai negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam sidang tersebut. Sidang kali ini akan menjadi sidang yang paling ramai pesertanya dalam sejarah sidang kemuncak ini.

"Setakat ini, 38 orang pemimpin dari pelbagai negara, serta Naib Perdana Menteri dari sebuah negara, dan Menteri Luar dari 5 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak kali ini. "

Sidang Kemuncak Asia-Eropah ini kebetulan diadakan pada waktu pergolakan kewangan global sedang berlaku. Maka, usaha meningkatkan kerjasama Asia-Eropah dan kaedah menghadapi krisis kewangan global akan menjadi salah satu topik utama dalam sidang kemuncak kali ini. Liu Jieyi menyatakan bahawa negara-negara Asia dan Eropah memberikan perhatian yang besar kepada isu krisis kewangan kini. Mereka yakin bahawa negara-negara anggota Asia dan Eropah akan menggunakan peluang kali ini untuk membincangkan kaedah meningkatkan kerjasama dan menggalakkan keyakinan pelabur, demi mencari jalan penyelesaian kepada krisis kewangan ini.

"(Saya berharap) kita bersama-sama berusaha untuk membolehkan sidang kali ini mencapai hasil yang sesuai dengan kepentingan pelbagai negara anggota Asia dan Eropah, dan sesuai dengan kepentingan bersama masyarakat antarabangsa dalam bidang penyelesaian krisis kewangan antarabangsa."

Dalam sidang tersebut, pemimpin-pemimpin Asia dan Eropah juga akan membincangkan isu sumber tenaga dan perubahan iklim, serta keselamatan bahan makanan yangkini menjadi masalah amat sukar bagi masyarakat antarabangsa. Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan tentang isu kerjasama menangani bencana, situasi antarabangsa dan serantau, mendorong perdagangan Asia-Eropah dan perkembangannya secara berterusan.

Sebagaimana lazimnya, sidang kemuncak kali ini akan meluluskan kenyataan pengerusi untuk mencerminkan pendirian anggota-anggota Sidang Kemuncak Asia-Eropah tentang beberapa isu yang penting, dan merancang arah dan bidang utama kerjasama. Sidang tersebut juga akan mengadakan perbincangan dan meluluskan dokumen yang berkaitan dengan masalah perkembangan yang berterusan, membincnagkan dan meluluskan pelbagai cadangan kerjasama, untuk mendorong pertukaran dan kerjasama antara anggota sidang tersebut dalam bidang dialog politik, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sosiobudaya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |