Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan, institusi kewangan tempatan berdaya tahan kesan negatif daripada pasaran kewangan sejagat yang semakin tidak menentu.
Dalam kenyataan BNM semalam, industri perbankan dan insurans beroperasi dengan penampan dalam bentuk modal dan mudah tunai yang terkumpul sejak beberapa tahun lalu.
Menurut BNM, institusi kewangan Malaysia mempunyai pendedahan yang amat kecil terhadap sekuriti berkaitan sub prima kerana lebih 90 peratus daripada jumlah aset bank dan syarikat insurans adalah dalam aset mata wang ringgit.
BNM menegaskan, semua institusi kewangan asing di Malaysia yang diperbadankan di negara ini juga mempunyai paras modal yang tinggi bagi menyokong operasi mereka di negara ini.
|