Sidang Menteri Penerangan China-ASEAN memainkan peranan penting bagi mendorong interaksi maklumat, kerjasama dan lawatan antara kedua-dua pihak.
Demikian persetujuan yang dicapai pegawai penerangan negara anggota ASEAN yang menyertai sidang tersebut di Nanning, Guangxi semalam.
Sidang yang diadakan pada 13 hingga 16 Oktober ini dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China dan Kementerian Maklumat dan Telekomunikasi Indonesia dan dilaksanakan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. Menteri atau wakil penerangan dari negara Malaysia, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Singapura serta wakil dari Pusat Setiausaha China-ASEAN menghadiri sidang tersebut.
|