Kementerian Luar Kemboja dan Thailand saling tuduh menuduh tentang pertempuran yang tercetus di sempadan dan saling mengutuk pihak lawan hari ini.
Menteri Diplomatik dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hor Namhong dalam sidang akhbar menyatakan pendirian ASEAN berat sebelah kerana memihak Thailand mungkin disebabkan ia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini. Maka orang tengah perlu dicari untuk menjadi perantara pertikaian sempadan Kemboja-Thailand yang semakin serius. Menurut beliau, pertempuran ini tercetus akibat tentera Thailand terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah tentera Kemboja.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tharit Charungvat pula menyatakan negara anggota ASEAN mempunyai pertimbangan masing-masing terhadap pertikaian Thailand dengan Kemboja. Beliau berharap kedua-dua pihak terus berusaha menyelesaikan pertikaian melalui rundingan dua hala.
|