China berharap pertikaian sempadan Thailand-Kemboja dapat diselesaikan dengan jayanya melalui dialog.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang di Beijing hari ini. Katanya, China memberikan perhatian penuh terhadap pertempuran yang tercetus di sempadan Thailand dengan Kemboja.
Pertempuran yang berlaku di kawasan sempadan yang dipertikaikan kedua-dua negara semalam mengakibatkan kematian dan kecederaan. Pihak tentera kedua-dua negara hari ini telah mengadakan rundingan tentang perkara tersebut.
|