v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kawasan Delta Sungai Yangtze Akan Terus Memainkan Peranan Peneraju

2008-10-16 17:49:40 CRI

Dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini, pegawai kerajaan China menyatakan bahawa sebagai salah satu kawasan yang pembangunan ekonominya paling maju di China, kawasan Delta Sungai Yangtze akan terus memainkan peranan peneraju dalam proses pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China pada masa depan.

Kawasan Delta Sungai Yangtze terletak di bahagian timur China, meliputi bandar Shanghai, Provinsi Jiangsu dan Provinsi Zhejiang. Keadaan kawasan tersebut amat baik, manakala kedudukan ekonominya kuat. Kadar Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) mewakili lebih daripada 22% KDNK China dan kadar jumlah modal asingnya pula mewakili lebih 35% modal di seluruh negara. Sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 30 tahun yang lalu, kawasan Delta Sungai Yangtze telah memberikan sumbangan yang besar dalam menggalakkan perkembangan kawasan yang lain dan peningkatan pembangunan sosioekonomi China.

Dalam sidang akhbar tersebut, Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Du Yin menyatakan bahawa disebabkan kedudukan ekonomi kawasan Delta Sungai Yangtze amat kuat, kerajaan China akan terus menetapkan kawasan tersebut sebagai kawasan utama dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan sosioekonomi pada masa depan.

"Peranan peneraju kawasan Delta Sungai Yangtze akan terus ditingkatkan dalam pembangunan ekonomi dan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada jangka masa yang panjang. Kerajaan Pusat China menuntut kawasan Delta Sungai Yangtze merealisasikan matlamat pembangunan masyarakat kaya secara menyeluruh pada tahun 2012. China akan merealisasikan matlamat tersebut pada tahun 2020 di seluruh negara. "

Oleh itu, kerajaan China baru-baru ini telah menyusun sebuah cadangan panduan untuk mendorong pembaharuan dan perkembangan di kawasan Delta Sungai Yangtze. Cadangan tersebut mengemukakan fasa demi fasa matlamat utama perkembangan kawasan tersebut, termasuk pada tahun 2012, struktur perindustrian kawasan Delta Sungai Yangtze terus bertambah baik, kadar sektor perkhidmatan meningkat dengan ketara, kualiti dan taraf pelaksanaan dasar pintu terbuka juga meningkat dengan ketara. Pada tahun 2020, struktur perindustrian yang mengutamakan sektor perkhidmatan terbentuk, dan kawasan tersebut menjadi pintu antarabangsa utama di kawasan Asia-Pasifik.

Dengan adanya cadangan panduan tersebut, kawasan Delta Sungai Yangtze mula meningkatkan keupayaan penciptaan sendiri, dan mempercepat penstrukturan semula perindustrian. Seperti Shanghai, disebabkan dipengaruhi oleh kemerosotan ekonomi global, industri perdagangan luar Shanghai kini menghadapi cabaran yang besar, kegiatan pengeksportan semakin lembab. Naib Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong dalam sidang akhbar tersebut menyatakan bahawa Shanghai akan memandang isu tersebut sebagai peluang untuk mengubah cara pembangunan ekonomi dan penstrkturan semula perindustrian. Beliau berkata:

"Menurut cadangan panduan Dewan Negara, Bandar Shanghai akan terus mengembangkan struktur perindustrian yang mengutamakan ekonomi perkhidmatan, mempercepat perkembangan sektor perkhidmatan yang mengutamakan pembangunan pusat kewangan dan pusat pengangkutan. Sementara itu, kami juga amat menekankan beberapa sektor pembuatan yang maju kerana kami merasakan bahawa Shanghai mempunyai keupayaan untuk mengembangkan beberapa sektor pembuatan yang maju. Di samping itu, kami juga memikirkan beberapa tindakan yang lain untuk menghadapi perubahan keadaan ekonomi luar."

Pegawai kerajaan China tersebut menyatakan bahawa sebagai peneraju pelaksana pembaharuan dan pintu terbuka dan pembangunan sosioekonomi China, peningkatan kekuataan kawasan Delta Sungai Yangtze bermanfaat bagi menggalakkan penyelarasan rantau China dan meningkatkan taraf pelaksanaan dasar pintu terbuka. Sementara itu, hal ini juga bermanfaat bagi menyempurnakan kaedah menambah perdagangan China serta meningkatkan keupayaan China untuk mencegah risiko dari luar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |