Ketua pejabat Pelancongan Malaysia di Guangzhou, Encik Suhaimi Shaharuddin mengetuai delegasi yang dianggotai Kumpulan Genting Heran, Syarikat Pelancongan Malaysia dan Syarikat Penerbangan Asia mempromosikan program pelancongan Malaysia di Guilin, Guangxi semalam.
Encik Suhaimi memperkenalkan sumber pelancongan yang kaya di Malaysia. Dengan beroperasinya penerbangan antara Guilin dengan Kuala Lumpur yang disediakan Syarikat Penerbangan Asia, telah menjimatkan banyak masa bagi pelancong Guilin ke Malaysia. Ini akan mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
|