Malaysia akan membantu Thailand dan Kemboja untuk menangani masalah pertikaian sempadan yang semakin mendesak.
Menteri Luar Malaysia, Dr Rais Yatim berkata di Kuala Lumpur semalam, Setiausaha ASEAN, Dr Surin Pitsuwan meminta Malaysia untuk membantu menangani pertikaian yang mencetus pertempuran antara Thailand dengan Kemboja. Jika Kabinet Malaysia bersetuju, beliau akan bertolak ke Kemboja secepat mungkin.
Beliau menyatakan sebagai negara sahabat bagi kedua-dua negara itu, Malaysia akan sedaya upaya menasihat mereka menyelesaikan pertikaian melalui rundingan.
|