Tentera Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan rondaan bersama di kawasan sempadan yang dipertikaikan bagi mengelakkan pertempuran.
Menurut laporan media Thailand, persetujuan tersebut dicapai dalam Sidang Suruhanjaya Sempadan Bersama Thailand- Kemboja yang diadakan di Srisakheat, berhampiran sempadan di bahagian timur laut.
Namun, masih wujud ketegangan kerana operasi pengunduran tentera dari kawasan yang dipertikaikan belum ada kemajuan. Tentera kedua-dua negara akan mengadakan rundingan lagi di Siem Reap, Kemboja pada 21 Oktober ini.
|