Presiden Susilo Bambang Yudkyono menegaskan sebagai negara pengasas ASEAN, Indonesia bertanggungjawab membantu menangani pertikaian sempadan antara Thailand dengan Kemboja secara damai.
Presiden Susilo berkata semalam, beliau segera menghubungi Perdana Menteri kedua-dua negara menerusi telefon selepas mengetahui situasi tegang di sempadan Thailand-Kemboja. Katanya, kedua-dua pihak telah bersetuju menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai.
|