Berpuluh-puluh orang wartawan China dan wartawan asing baru-baru ini telah melawat ke Wilayah Autonomi Mongolia Dalam untuk mewawancara dua buah syarikat penghasilan tenusu yang terbesar di China, iaitu Yili dan Mengniu. Mereka telah memahami kaedah pengeluaran dan pemeriksaan kualiti penghasianl tenusu di kedua-dua syarikat tersebut selepas krisis keselamatan hasil tenusu berlaku baru-baru ini. Pegawai dari Yili dan Mengniu menyatakan bahawa mereka sedang melaksanakan tindakan dalam pengawasan kerajaan yang tegas untuk meningkatkan keselamatan kualiti penghasilan untuk memulihkan keyakinan pengguna terhadap penghasilan tenusu China.
Pada bulan September yang lalu, hasil tenusu beberapa syarikat di China termasuk Yili dan Mengniu didapati mengandungi melamine. Oleh sebab itu, industri penghasilan tenusu telah mengalami krisis keyakinan yang paling buruk dalam sejarah industrinya. Walaupun syarikat penghasilan tenusu tersebut telah memohon maaf berkait dengan masalah tersebut dan mengutip kembali hasil tenusu yang mengandungi melamine, tetapi pengguna China masih mengesyaki hasil tenusu negara sendiri. Ini mengakibatkan industri tersebut mengalami pergolakan yang besar.
Presiden Eksekutif Kumpulan Yilin, Zhang Jianqiu menyatakan bahawa mereka telah mengutip kembali semua hasil tenusu yang mengandungi melamine, dan meningkatkan pemeriksaan tentang melamine, untuk menjamin keselamatan kualiti bahan mentah dan hasilnya.
"Kami berasa terkejut, terganggu dan sedih bila masalah tersebut timbul. Kami berjaji menjamin peningkatan pemeriksaan melamine berdasarkan 16 peringkat pemeriksaan terhadap susu mentah. Susu mentah yang diluluskan sahaja yang akan digunakan. Bagi syarikat yang memeriksa penghasilannya sendiri, jabatan pemeriksaan kualiti kerajaan juga akan memeriksa penghasilan tersebut. Hasil tenusu yang diluluskan oleh pemeriksaan tersebut sahaja yang bileh dijual di pasarkan. "
Jabatan kerajaan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam juga telah meningkatkan pengawasan terhadap syarikat penghasilan tenusu. Naib Pengerusi kerajaan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Guo Qijun memaklumkan bahawa kerajaan tempatan tidak akan membenarkan hasil tenusu yang tidak dikeluluskan dijual. Pihak kerajaan di sana telah menghantar lebih 4000 orang untuk menjalankan pengawasan ke stesen pembelian susu mentah. Beliau juga menyatakan bahawa untuk mengurangkan kerugian penternak lembu betina, kerajaan telah memberikan subsidi khas kepada mereka.
"Kami perlu memelihara kepentingan penternak lembu betina. Dalam masa peristiwa tersebut berlaku, semua penternak lembu betina yang rugi diberi subsidi. Kerajaan pusat China telah memberikan 100 juta yuan RMB, manakala kerajaan wilayah autonomi pula memberikan 80 juta yuan RMB untuk tujuan tersebut."
Pegawai Kumpulan Yili dan Kumpulan Mengniu semasa diwawancara telah menyatakan bahawa krisis tersebut membolehkan usahawan penghasil tenusu China memahami kepentingan keselamatan kualiti penghasilan. Mereka yakin bahawa hanyalah dengan terus meningkatkan keselamatan kualiti penghasilan, barulah keyakinan pengguna China terhadap industri penghasilan tenusu negara sendiri dapat dipulihkan.
|