v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdana Menteri Vietnam Akan Menjadikan Hubungan Rakan Kerjasama Strategik Dengan China Lebih Konkrit Sempena Lawatannya ke China
2008-10-18 15:54:52 CRI

Lawatan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ke China kali ini adalah untuk mengkonkritkan kandungan hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh dengan China demi meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap yang baru.

Demikian dinyatakan oleh Duta Vietnam di China, Nguyen Vinh Quang di Beijing semalam.

Atas undangan rakan sejawatnya di China, Wen Jiabao, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 20 hingga 25 Oktober nanti dan menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7 yang akan diadakan di Beijing pada 24 dan 25 bulan ini. Dalam lawatannya itu, beliau akan mengadakan beberapa pertemuan dengan para pemimpin China, dan menandatangani dokumen bersama di samping turut melawat ke provinsi Hainan.

Ini merupakan julung kalinya Nguyen Tan Dung mengadakan lawatan rasmi di China sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri Vietnam pada tahun 2006.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |