Mesyuarat pertama Sidang Pegawai Tinggi Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN dirasmikan di Guilin, Guangxi pagi tadi. Pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan China, badan pengangkutan 10 buah negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN telah menyertai mesyuarat tersebut.
Tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk melaksanakan program pembinaan mekanisme kerjasama jangka panjang pelabuhan China dengan negara-negara ASEAN di samping mendorong kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pengangkutan.
Mesyuarat tersebut yang dilihat sebagai satu komponen dalam Ekspo China-ASEAN Ke-5 akan membuka peluang kepada para pegawai tinggi China dengan ASEAN untuk mengadakan pertukaran dan kerjasama.
|