Sidang Kemuncak Asia-Eropah yang bertemakan "kerjasama dan dialog, saling menguntungkan dan menang-menang" mengharapkan pelbagai negara Asia dan Erpoah bersama-sama mewujudkan tata tertib baru antarabangsa yang adil, sama rata dan selaras dengan kepentingan pelbagai pihak supaya merealisasikan pembangunan berterusan di seluruh dunia.
Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan berkata demikian ketika diwawancara oleh wartawan China.
Menurut beliau, ekonomi dunia sedang menghadapi cabaran besar. Dengan itu, para peserta sidang tersebut akan membincangkan pelbagai masalah terkini termasuk krisis kewangan, sumber tenaga, keselamatan bahan makanan dan perubahan iklim. Katanya, negara anggota bagi sidang tersebut menyumbang 50% KDNK, mempunyai 58% jumlah penduduk dan menduduki kira-kira 60% bilangan perdagangan di dunia. Maka, kejayaan sidang kali ini bermanfaat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi seluruh dunia sekarang ini.
|