Walaupun pertikaian sempadan antara Kemboja dengan Thailand susah diselesaikan dalam jangka masa yang pendek, namun yang paling penting ialah pertempuran bersenjata tidak tercetus lagi antara kedua-dua negara ekoran pertikaian sempadan ini.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith hari ini. Menurut beliau, pertikaian sempadan Kemboja-Thailand berkemungkinan menyebabkan tiga akibat, antaranya yang paling serius ialah peperangan berlaku antara kedua-dua negara, atau ketegangan kekal wujud di kawasan sempadan, tetapi pertukaran rakyat kedua-dua negara adalah normal. Hasil yang terbaik ialah pertikaian diselesaikan melalui langkah diplomatik, iaitu kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Katanya, garis sempadan Kemboja dengan Thailand sepanjang 790 km, namun hanya terdapat 73 buah batu tanda sempadan yang diletakkan pada tahun 1907. Oleh sebab itulah, pada pandangan beliau, kerja yang mendesak bagi kedua-dua negara sekarang adalah menjelaskan lokasi sempadan dan menambah pembinaan batu sempadan.
|