Perdagangan dua hala China-ASEAN tahun 2007 mencatat 202.6 bilion dolar Amerika yang meningkat 26% berbanding tahun 2006. Antaranya, lebih 90% kargo adalah melalui pengangkutan laut.
Demikian dimaklumi wartawan daripada mesyuarat pertama Sidang Kerjasama Pelabuhan China-ASEAN yang baru dirasmikan di Guilin pagi tadi.
Pengangkutan laut sudah menjadi saluran utama bagi kerjasama China dengan ASEAN. Kini, sebagai satu-satunya wilayah di China yang mempunyai laluan darat laluan laut dengan negara-negara ASEAN, Guangxi telah membuka beberapa laluan pengangkutan kontena dengan pelabuhan Vietnam. Selain itu, pihak berkuasa pelabuhan Teluk Beibu Guangxi telah menandatangani perjanjian pelabuhan sahabat degan pelbagai pelabuhan di negara-negara ASEAN seperti Filipina dan Vietnam. Dengan itu, pelbagai aktiviti termasuk lawatan persahabatan, latihan tenaga manusia, interaksi maklumat, pembangunan perdagangan dan kerjasama pelaburan dapat diadakan antara satu sama lain.
Pegawai Jabatan Pengangkutan Wilayah Autonomi Guangxi menyatakan peningkatan kerjasama pelabuhan China-ASEAN bermanfaat bagi perdagangan kedua-dua pihak supaya ekonomi China-ASEAN dapat berkembang bersama di samping mendorong pembangunan berterusan pelabuhan.
|