Thailand akan menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Kemboja secara damai melalui mekanisme rundingan dua hala.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat semalam. Menurut beliau, hubungan Thailand dengan Kemboja tidak dijejaskan serius akibat pertempuran sebelum ini dan beliau akan secepat mungkin mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen mengenai perkara ini.
Katanya, pertikaian ini hanya isu yang berkait dengan dua negara dan tidak perlu diserahkan kepada ASEAN setakat ini.
|