Wartawan dimaklumi daripada badan pendidikan Guangxi, seiring dengan interaksi dan kerjasama antara Guangxi dengan negara-negara ASEAN semakin erat, dan proses pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN dipercepat, siswazah dari jurusan bahasa negara-negara ASEAN di pelbagai institusi Guangxi mendapat sambutan yang semakin hangat.
Sebelum Ekspo China-ASEAN pertama dirasmikan pada tahun 2004, Universiti Etnik-etnik Guangxi hanya menawarkan jurusan bahasa Vietnam, Thailand, Laos dan Kemboja. Jurusan bahasa Myanmar dan Indonesia telah ditawarkan baru-baru ini. Jumlah pelajar jurusan bahasa negara-negara ASEAN pada tahun 2008 telah meningkat dua kali ganda daripada tahun 2000.
Dimaklumkan bahawa 100% siswazah dari jurusan bahasa negara ASEAN mendapat kerja, malah jumlah permintaan terhadap tokoh profesional tersebut semakin meningkat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, institut-institut Guangxi telah berjaya mendidik siswazah yang fasir bertutur bahasa negara ASEAN supaya dapat memudahkan komunikasi dengan negara-negara di rantau ini. Ekspo China-ASEAN Ke-5 yang akan dirasmikan tidak lama lagi itu telah mengerah lebih 1,300 orang sukarelawan dari Universiti Guangxi, Universiti Etnik-etnik Guangxi dan Institut Perguruan Guangxi.
|