"Pusat Peniaga Cina dari ASEAN" akan dibina di Kunming untuk menarik orang Cina dan peniaga Cina dari kawasan ASEAN melaburkan dana, menguruskan niaga dan hidup di sana.
Jawatankuasa Kawalan Kawasan Baru Chenggong Kunming dan Syarikat Antarabangsa Haodu Hongkong Bhd telah menandatangani perjanjian rangka pelaburan dan kerjasama tentang projek tersebut semalam. Menurut perjanjian itu, pihak pelabur dan Pembina akan mengambil kira perlindungan alam sekitar dan menggunakan teknologi yang baru ketika membina bangunan untuk kegunaan pejabat institusi, komersial dan kediaman.
Projek itu berkeluasan 350 ribu meter persegi dan jumlah pelaburannya dijangka mencatat kira-kira 800 juta yuan RMB.
|