v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Galakkan Pengeluaran Bahan Makanan dan Pertanian
2008-10-20 18:49:34 CRI

China akan terus meningkatkan bantuan dasar untuk membangunkan pertanian dan memberikan manfaat kepada kaum tani, agar menjamin petani mendapatkan hasil tuaian yang baik dan pendapatan yang banyak di samping menggalakkan pengeluaran bahan makanan dan pertanian.

Demikian dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, China akan meningkatkan harga pembelian bahan makanan dan menambah subsidi terhadap petani pada tahun depan.

China juga akan meningkatkan pelaburan pertanian dan pembangunan infrastruktur pertanian, seperti pengairan di tanah ladang, sumber tenaga, pengangkutan dan bekalan air minuman di desa. Pihaknya juga akan mempercepat pembangunan projek bahan makanan yang berkualiti tinggi dan pangkalan pengeluaran bahan makanan yang besar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |