Para penyokong Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD) Thailand hari ini mengadakan tunjuk perasaan di kawasan perniagaan pusat Bangkok agar menuntut kerajaan bertanggungjawab terhadap pertempuran berdarah antara polis dengan penyokong PAD yang berlaku pada 7 Oktober di luar bangunan kongres. Mereka menuntut Perdana Menteri, Somchai Wongsawat meletakkan jawatan.
Kira-kira 1300 orang menyertai tunjuk perasaan hari ini menyebabkan lalu lintas di kawasan perniagaan pusat Bangkok tergendala. Kira-kira 300 orang polis pencegahan rusuhan telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengawal keadaan. Keadaan pada hari ini terkawal. Ini merupakan tunjuk perasaan kali kedua yang dianjurkan oleh PAD di kawasan tersebut pada bulan ini. Pada 17 Oktober lalu, penyokong PAD mengadakan tunjuk perasaan yang serupa di kawasan perniagaan utama di Bangkok.
|