Kemboja meminta rundingan pertikaian sempadan Thailand-Kemboja yang menurut jadual diadakan di Siem Reap, pada 21 Oktober ini ditangguhkan.
Menurut Agensi Beirta Thailand, Naib Perdana Menteri Kemboja yang juga Menteri Pertahanannya, Tea Banh mengemukakan tuntutan tersebut kepada Thailand, tetapi tidak menyatakan alasannya.
Kementerian Luar Thailand menyatakan, permintaan Kemboja yang menangguhkan rundingan tersebut dibuat mungkin kerana rundingan tersebut tidak akan mencapai hasil yang baik disebabkan Kongres Thailand masih belum meluluskan rangka rundingan yang berkaitan dengan pertikaian sempadan Kemboja.
|