v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Rangsangkan Ekonomi yang Pertumbuhannya Menjadi Perlahan

2008-10-20 18:20:26 CRI

Menghadapi pertumbuhan ekonomi yang menjadi perlahan, pegawai China memaklumi pihak media bahawa kerajaan negara ini akan secepat mungkin melaksanakan dasar dan tindakan yang berkaitan dengan kewangan, cukai, kredit dan perdagangan luar bagi merangsangkan ekonomi.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jabatan Statistik Negara selepas data terkini ekonomi diumumkan hari ini. Berdasarkankan statistic, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 9.9% pada tiga suku pertama tahun ini, iaitu turun 2.3% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan ekonomi China menjadi perlahan disebabkan beberapa faktor seperti bencana alam yang teruk yang berlaku secara berturut-turut dalam negeri dan pergolakan kewangan global yang semakin serius. China terjejas dalam usaha menarik perlaburan asing, mengukuhkan keyakinan para pelabur dan pengguna serta mengekalkan kestabilan import-eksport.

Jurucakap Jabatan Statistik Negara, Li Xiaochao berkata: "Menurut perangkaan pada peringkat awal, sektor import-eksport kargo dan perkhidmatan menyumbang 12.5% kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tiga suku pertama, iaitu turun 8.9% berbanding tempoh sama tahun lalu. Sektor itu hanya dapat memajukan pertumbuhan ekonomi sebanyak 1.2%, iaitu turun 1.2% berbanding tempoh sama tahun lalu."

Memandangkan perubahan situasi ekonomi pada masa ini, kerajaan China giat melakukan pengubahsuaian terhadap pelaksanaan dasar ekonomi makro.

Profesor Zhao Xijun dari Institut Pengajian Kewangan dan Sekuriti Universiti Rakyat China berkata: "Iklim ekonomi global menjadi semakin buruk pada bulan September. Krisis gadai janji subprima yang menghebat pada bulan itu amat menghakis keyakinan para pelabur dan pengguna. Dengan itu, kerajaan China melakukan pengubahsuaian terhadap pelaksanaan dasar ekonomi makro setelah menjalankan kajian terhadap keadaan pembangunan ekonomi tempatan dan urusniaga dalam pelbagai sektor."

Pengubahsuaian tersebut bermaksud sebuah tindakan yang diambil pada bulan September lalu, iaitu Bank Rakyat China buat pertama kalinya, menurunkan kadar faedah asas pinjaman dan kadar wang cadangan deposit dalam tempoh 4 tahun lalu. Tindakan ini dilihat sebagai tanda bagi merangsang ekonomi.

Pada hari Jumaat lalu, Perdana Menteri Wen Jiabao mempengerusikan sidang regular Dewan Negara dan mengemukakan arahan bagi menggalakkan perkembangan syarikat kecil dan sederhana, meningkatkan pelaburan dan menstabilkan import-eksport.

Li Xiaochao berkata: "Kami yakin kerajaan China berkeupayaan melindungi negara ini daripada krisis kewangan global. Kami mempunyai asas kebendaan yang kuat untuk mengelakkan diri daripada krisis kewangan itu. Dalam tempoh 30 tahun lalu sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, ekonomi China berkembang pesat sehingga mempunyai kekayaan yang mencukupi. Selain itu, China mempunyai permintaan dalam negeri yang besar dan eksport masih dapat ditingkatkan terus dengan penyusunan semula struktur barangan eksport."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |