Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, manakala isterinya, Pochaman Shinawatra didapati tidak bersalah terhadap kes pembelian hartanah .
Demikian keputusan Mahkamah Tertinggi Thailand hari ini.
Mahkamah yang bersidang dengan 9 orang hakim hampir 3 jam untuk membaca keputusan tersebut. Mereka berpendapat, Thaksin Shinawatra melanggar undang-undang antirasuah kerana ahli keluarganya menjalankan perniagaan dengan badan milik negara ketika beliau menjadi anggota kabinet. Serentak itu, mahkamah yang mengumumkan isterinya tidak bersalah membatalkan perintah menangkap terhadapnya.
|